Wednesday, July 7, 2010

Kenapa pemuda menjadi objek di sini?

Pada hakikatnya usia muda seorang pemuda ialah usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi
dan darah yang gemuruh serta idealisme yang luas. Iaitu usia yang memberi pengorbanan dan
menebus semula. Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.
Dari sini usia muda pemuda dalam perkiraan Islam mempunyai tanggungjawab dan nilai yang
khusus dan kerana itu Rasulullah saw menekankan supaya pemuda-pemuda merasai demikian
melalui sabdanya:

'Ambillah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara:- Usia muda kamu sebelum tua,
masa sihat sebelum sakit, harta kekayaan kamu sebelum papa, masa hidup kamu sebelum mati,
dan masa kosong kamu sebelum sibuk.'
Umat manusia, dalam tabiat kejadian dan pembentukannya mempunyai masa terhad dalam
usia yang mampu memberi sesuatu. Kemudian ia mula surut kebelakang (susut). 

Firman Allah swt:

3:140. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu kami pergilirkan diantara manusia.

Dan benarlah sabda Rasulullah:

‘Bahawa setiap amalan itu ada puncak kesungguhan-nya, setiap puncak kesungguhan itu ada
surutnya. Maka sesiapa yang surutnya adalah pada sunnahku, maka di telah mendapat petunjuk, dan
sesiapa yang surut kepada yang lain, bererti telah binasalah dia.’
Dari sini penekanan adalah untuk mendapatkan faedah dari usia muda dan dari para pemuda
dalam menunaikan tugas berat dan melintasi halangan-halangan serta menyahut cabaran yang
diperlukan dan dituntut oleh perubahan tamaddun.


buKU Generasi Pemuda dan Perubahan  - Fathi Yakan

(2)...bersambung

No comments:

Post a Comment